Monday, September 3, 2012

Tumbuhan Semulajadi di Malaysia

Tingkatan 1:TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI
DAN HIDUPAN LIAR


Jom mengenali jenis-jenis hutan semulajadi di Malaysia. Terbahagi kepada 4 iaitu: 



Hutan Hujan Tropika @ Hutan Khatulistiwa

  1. Hutan hujan tropika @ Hutan Khatulistiwa-  hutan yang paling luas di Malaysia iaitu meliputi 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia.
  2. Tum­buh subur di ke­tinggian kurang daripada 1 000 meter.
  3. Meliputi kaki bukit atau cerun gu­nung di tengah Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
 5.   Ciri-ciri hutan hujan tropika adalah:
a) Bersifat malar hijau
b) Tumbuh rapat-rapat
c) Tumbuh berlapis-lapis
6.   Kepentingan:

a.      Habitat bagi dua spesies tumbuh-­tumbuhan di dunia.
b.      Industri Pembalakan – kaya dengan pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti cengal, meranti, keruing, balau dan seraya.

  1. Lapisan teratas dikenali renjung atau emergen yang terdiri daripada pokok ­pokok yang tinggi.
  2. Pokok di lapisan renjung tumbuh sangat tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari dan berakar banir untuk memberi so­kongan dan menahan po­kok daripada tumbang.
  3. Lapisan kanopi terdiri daripada pokok yang tumbuh rapat untuk menghalang sinaran matahari sampai ke lantai hutan.
  4. Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan tengah ialah epifit dan parasit.
  5. Tumbuh-tumbuhan ini ber­gantung kepada pokok be­sar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.
  6. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan adalah jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari.


Hutan Paya
  1. Hutan paya di Malaysia ter­diri daripada hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.
  2. Pokok bakau di hutan paya air masin mempunyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan tanih berlumpur dan air adalah untuk bernafas. Manakala akar jangkang yang menyokong­nya daripada tumbang.
  3. Kepentingan:
a.      Habitat hidupan air(udang,ketam)


Hutan Pantai
1.       Hutan pantai terdapat di kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran balk, ber­pasir dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.
2.      Tumbuh-tumbuhan di hutan pantai dapat hidup walau­pun ditenggelami air laut semasa air pasang.
3.      Kebanyakan hutan pantai tumbuh di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.
4.      Contoh: Pokok Ru, Kelapa dan renek.




Hutan Gunung
  1. Hutan gunung tumbuh su­bur di kawasan bertanih laterit yang berke­tinggian melebihi 1 000 meter dari aras laut.
  2. Contoh kawasan hutan gunung ialah di Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker, Banjaran Tama AD. Banjaran Tahan dan Pergu­nungan Iran.
  3. Jenis dan kepadatan tum­buh-tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ke­tinggian.
  4. Semakin tinggi kawasan hutan, semakin jarang tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut.
  5. Puncak gunung biasanya ditumbuhi oleh tumbuha­n kulampair dan pokok-pokok kerdil disebabkan pengaruh suhu pengaruh yang semakin rendah mana­kala tanih semakin nipis.
  6. Kawasan yang berada me­lebihi paras 3 500 meter diliputi batuan tandus se­perti di puncak Gunung Kinabalu.


No comments:

Post a Comment