Thursday, September 6, 2012

Disiplin pelajar sekarang..di manakah silapnya..?




Pernahkah anda terdengar ibubapa, guru atau masyarakat umumnya memperkatakan tentang disiplin pelajar masa kini? Tentu PERNAH dan biasanya orang sering berkata disiplin pelajar di sekolah tu teruk betul la. Adakah memang sekolah tu tiada garis panduan dalam menyelesaikan masalah disiplin budak-budak tu? Kalau saya cikgu, BUANG SEKOLAH je la budak tu…itu kalau anda guru. Tapi kalau anda sebagai ibubapa pelajar tersebut macamana?

Sebelum melangkah lebih jauh, ada baiknya kita menyelidik definisi DISIPLIN itu sendiri. Menurut,  Kamus Dewan (2005)  disiplin ditakrifkan , 'sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan, dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.'

Berbalik kepada persoalan diatas, dimanakah silapnya? Kita perlu ingat bahawa warga sekolah wujud secara langsung atau tidak langsung melalui warga sekolah (pelajar, guru, kerani, ibubapa pelajar serta sesiapa yang berkaitan dengan kewujudan sekolah itu sendiri). Itu adalah akar umbi dalam pembentukan BUDAYA sekolah kerana sekolah wujud melalui keperluan masyarakat itu sendiri. 

Bercakap tentang disiplin pelajar, apakah sekolah yang berdekatan dengan sekolah anda? Bagaimanakah disiplin sekolah tersebut pada pandangan anda? Adakah anda rasa berbaloi untuk menghantar anak anda ke sekolah tersebut. Biasanya, kita sebagai masyarakat akan memandang rendah atau mempertikaikan tentang keupayaan pengetua sebagai BOSS serta guru-gurunya seandainya disiplin sekolah tersebut teruk dan pandangan sebaliknya pula wujud seandainya disiplin sekolah tersebut baik.
Apakah penyebab perbezaan disiplin tersebut. Contohnya, kita ambil contoh Sekolah A, disiplin pelajar adalah sangat teruk berbanding sekolah B yang terletak hanya 10km dari sekolah A. Kenapakah keadaan ini berlaku? Adakah sebab Sekolah A mempunyai 1500 orang pelajar dan sekolah B hanya 600 orang pelajar?  Adakah sebab Pengetua/ kakitangan sekolah A tidak tegas berbanding sekolah B? Adakah sebab pelajar sekolah A 90% pelajar yang tinggal di flat @ apartmen dan Sekolah B 90% pelajarnya tinggal di kawasan elit @ teres? Adakah sebab ibubapa sekolah A sewaktu mesyuarat PIBG hanya 10% ibubapa yang hadir mesyuarat dan sekolah B boleh mencapai 90% ibubapa hadir ke mesyuarat PIBG? Semua perkara tersebut sepatutnya perlu diambil kira apabila ingin menuding jari kesalahan kepada sesebuah pihak.

Bercakap tentang disiplin pelajar masa kini, bukanlah sesuatu yang pelik dan jelik seandainya walaupun mereka bergelar PELAJAR, terdapat juga sebahagian daripada mereka yang telah mendapat gelaran BANDUAN sebab melakukan kesalahan di luar sekolah seperti memecah kedai hanya untuk mencuri rokok menyebabkan masuk lokap atau mencuri motor. Begitu dashyat kan….Dalam kes lain, pelajar datang ke sekolah dengan beg cantik @ branded tapi satu batang pen apatah lagi buku langsung tidak akan dijumpai dalam beg mereka. Sebagai seorang guru, kita akan berfikir dimanakah buku-buku teks pinjaman pelajar pelajar ini? Kalau disuruh menulis nota atau latihan…’cikgu pinjam pen’? Biar betul budak ni. Kadang-kadang terfikir, dia ni nak belajar atau bermain? Kadang-kadang, terkeluar kata-kata ni dengar pelajar, kalau nak main…baik main pegi TAMAN…lagi puas hati. Tersengih pla dia….

Kes lain pula, cikgu masih dalam kelas, pelajar selamba je keluar masuk. Ucap selamat pun tak…Dik oi…dengar dan hayati betul2..orang BODOH/LEMBAP cikgu boleh ajar tapi kalau dah BIADAP@KURANG AJAR rasanya baik menuntut ilmu dengan abang polis. Lagi kes lain, sekolah sampai pasang CCTV untuk pantau disiplin pelajar tapi pelajar pula rosakkan. Minta ganti rugi, satu sen pun tak bayar. 

Pernah juga terdengar cerita kawan sekolah yang sama berkaitan dengan  ibubapa yang datang ke sekolah, dia marah dengan cikgu Z sampai dia cakap..’Cikgu, kalau anak saya tak nak belajar jangan paksa sebab cikgu akan menyakitkan HATI anak saya tau. Cikgu takde hak pun nak sentuh baju anak saya tau’…DUPPPP…sampai begitu sekali kan. Dahlah baca dan tulis pun belum pandai macamana tu? Sebagai GURU tentu serba salah, nak paksa belajar pun salah, tak paksa belajar pun salah sebab buku latihan pelajar akan dihantar kepada Ketua Bidang masing-masing untuk semakan.
Apapun, dengan keluarnya pekeliling semua guru adalah guru disiplin kita kena sabar. Kita just ikut prosedur. Itu lagi selamat. Masalahnya, pelajar hanya akan takut dengan guru ‘KETUA GURU DISIPLIN’….tension ‘guru disiplin’ lain kan..apa2pun tugas sebenar seorang guru adalah MENDIDIK pelajar supaya menjadi bijak pandai berserta acuan nilai-nilai moral dalam diri mereka. Untuk  ‘MENGAJAR’ pula pada pendapat saya adalah sangat2 memerlukan bantuan daripada pihak lain seperti ibubapa @ masyarakat luar bagi membolehkan mereka pelajar-pelajar yang terpesong jauh daripada tanggungjawab mereka sebagai pelajar dapat diselesaikan. 

Dengan ini, berfikir sebelum menuding jari. Cermin diri sendiri sebelum menilai orang lain…sama-sama la kita memikul tanggungjawab untuk melahirkan generasi yang ‘bernilai’ dan bijak pandai bagi kelangsungan pembangunan Negara…

“Class is an aura of confidence that is being sure without being cocky. Class has nothing to do with money. Class never runs scared. It is self-discipline and self-knowledge. It's the sure-footedness that comes with having proved you can meet life. ”
Ann Landers

No comments:

Post a Comment