Saturday, September 1, 2012
FREEHOLD vs LEASEHOLD
Bagi golongan yang sudah bekerja atau berkahwin, keinginan untuk membeli rumah adalah sangat tinggi apatah lagi dengan kadar sewa rumah sewa yang semakin meningkat dan berbaloi seandainya membeli rumah sendiri bagi yang tiada tanah. Namun demikian, sebelum kita membeli rumah, salah satu yang perlu kita ambil kira adalah merujuk kepada status pemilikan rumah tersebut iaitu sama ada FREEHOLD atau LEASEHOLD. Persoalannya adalah, apakah perbezaan bagi kedua-dua status ini?
FREEHOLD @ Pegangan Bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal). Pendek kata, pemilik akan memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk milikan tersebut kembali kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan). Di dalam dokumen hakmilik muktamad (‘final title’), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim).
LEASEHOLD atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun. Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala untuk hakmilik lama dan tujuan selain kediaman anda mungkin akan lihat pajakan untuk tempoh seperti 30 atau 60 tahun. Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh pajakan tersebut tamat? Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri. Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui/memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa.
p/s: Dari segi nilaian hartanah, tanah dengan ciri-ciri yang sama akan mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk pegangan bebas berbanding pajakan. Selain disebabkan tempoh pegangan tersebut, ianya adalah berkaitan dengan permintaan dan juga tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk pegangan pajakan yang memerlukan kebenaran/kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik tersebut yang kadangkala memakan masa sehingga 1 tahun.
kredit to http://tipshartanah.com
Labels:
Hartanah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment