Friday, September 7, 2012

LANGKAH MENGATASI SIKAP MALAS




Pernahkah anda merasa malas? Sudah tentu ya…biasanya sikap MALAS itu adalah satu keadaan dimana kita enggan  atau ingkar untuk melakukan sesuatu. Bagi golongan dewasa, malas yang kronik adalah satu keadaan dimana mereka lebih sanggup mengemis daripada bekerja…bagi seorang pelajar,  sikap malas boleh dinilai melalui hasil kerja sekolah mereka. contohnya, seandainya anda belum melengkapkan tugasan yang diberikan oleh guru sehingga loceng berbunyi..itu menandakan anda lebih banyak bercakap daripada bertindak.  Harus diingat, penghujung  sikap malas kita adalah KEGAGALAN. Untuk belajar semua orang diberi pilihan yang sama untuk memilih jalan KEJAYAAN atau GAGAL.  Semuanya, ditentukan oleh diri sendiri dan bukannya oleh orang lain. Jadi, dibawah adalah antara VITAMIN yang boleh 'dimakan' bagi mengatasi  penyakit malas…sama2 kita renungkan dan cuba aplikasikan..…
1.  Amalkan doa mengelak diri dari malas contohnya sebelum ke sekolah, pasang niat’ Hari ni, saya nak datang untuk mendapatkan ilmu yang SEBANYAK dan SEBERAT mungkin’….
2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda contohnya ‘saya sebagai pelajar perlu mencapai cita-cita (nyatakan)  untuk membahagiakan ibubapa dan membolehkan saya menampung diri sendiri pada masa akan datang.
3.  Teknik 10 Minit. Contohnya, masa tunggu van kita tengok tajuk Pertanian di Pulau Jawa secara ringkas. Then, masa dalam van…cuba ingat kembali..’
4.  Banyak membaca bahan motivasi- Diwajibkan dalam senarai bahan bacaan untuk mewujudkan semangat tinggi dan fikiran positif dalam diri.
5.  Susun dan mudahkan jadual anda- contohnya, gunakan kaedah sistematik iaitu jangan mengulangkaji Sejarah dan Geografi dalam waktu yang sama kerana kedua-duanya memerlukan kita mengingat fakta. So, ambil matematik atau sejarah adalah lebih baik…
6.  Rehat dan tidur yang cukup – tetapkan masa tidur dan bangun yang teratur..
7.  Bersenam dan beriadah – bagi mengurangkan tekanan ambil masa untuk regangan badan..
8.  Berkawan dengan orang yang positif – berkawan dengan orang positif, segala tindakan pasti bertukar auto positif. Hasilnya juga akan menjadi positif…
9.  Amalkan teknik pernafasan – tari nafas dan hembus. Kurangkan merungut dan mengeluh..
10.Suarakan moto anda – tetapkan moto yang benar2 membantu dan menguatkan anda dalam mencapai matlamat hidup..

 
 Diolah semula melalui saranan daripada wordpress.com/2008/03/15/10. tq

No comments:

Post a Comment