Peta: Kepulauan Madagascar
'Kematian' adalah suatu fenomena yang memang tidak boleh dielakkan seiring dengan padanan waktu namun memerlukan pengertian dan pemahaman bahawa ianya adalah suatu proses normal kehidupan bagi semua hidupan dalam alam semesta. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa proses ini adalah sesuatu yang menakutkan, menyedihkan dan menyakitkan bagi mereka yang ditinggalkan.
Namun demikian, terdapat juga kaum di dunia ini yang mengganggap kematian ini adalah sebaliknya maka mereka mengadakan Pesta Kematian yang diraikan secara besar-besaran tanpa tangisan namun dipenuhi dengan kegembiraan. Inilah yang dilakukan oleh etnik yang membentuk populasi terbesar di Madagascar iaitu orang Malagasy.
Pesta ini akan dilakukan 1 kali bagi setiap 7tahun. Maksudnya, mereka akan menggali semula kubur nenek moyang. Mereka percaya bahawa roh si mati adalah pengantara/orang tengah bagi menghubungkan mereka dengan nenek moyang yang terdahulu. Sebelum mayat-mayat ini ditanam semula, mereka akan menggantikan kain sutera yang membaluti tubuh mayat tersebut dan menulis nama si mati bagi mengelakkan kesilapan...
No comments:
Post a Comment