Monday, August 27, 2012

Pergunungan Alps, Switzealand



Switzerland merupakan sebuah negara yang bergunung-gunung dan terletak di benua Eropah. Banjaran Alps adalah gunung lipat muda yang tinggi. Alps adalah nama untuk satu daripada sistem banjaran gunung di Eropah, daripada Austria dan Slovenia di timur; melalui Itali, Switzerland, Liechtenstein dan Jerman; ke Perancis di barat.Negara ini mempunyai gunung-gunung dan tasik-tasik yang sangat indah.
Switzerland memajukan kawasan tanah tinggi sebagai kawasan pelancongan kerana mempunyai potensi yang baik. Kegiatan utama negara Switzerland ialah pelancongan yang mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan bagi pendudukan tempatan. Pemandangan gunung-ganang dengan kemuncak yang bersalji, tasik-tasik, ciri fizikal yang telah dihakis oleh glasier (ais) menjadi tarikan pelancong. Tanah tinggi di Malaysia dengan suhu yang nyaman juga dijadikan pusat-pusat peranginan yang menarik.
Pusat-pusat peranginan di Switzerland seperti juga di Malaysia dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara seperti pelancong dari Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis sepanjang tahun.
Switzerland menerima ramai pelancong dari Suhu musim panas yang sederhana panas 14̊C di Switzerland, menarik ramai pelancong terutamanya untuk mendaki gunung contohnya di Gunung Matterhorn. Pada musim ini, kawasan di luar bandar Interlaken yang terletak di antara Tasik Brienz dengan Tasik Thun di Pergunungan Alps menjadi tapak perkhemahan.


Mata air panas yang mempunyai nilai perubatan menarik pelancongan di pusat peranginan kesihatab di St. Moritz. Selain itu, pelancong dapat menikmati pemandangan gunung bersalji dan ladang anggur di Lembah Thine.
Di Malaysia, ramai pelancong melawat kawasan penanaman teh, bunga, dan sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameron. Air Terjun seperti Staubbach Falls di Switzerland dan Air Terjun Parit di Tanah Tinggi Cameron juga menarik ramai pelancong.
Suhu musim sejuk adalah di antara 0̊C hingga 5̊C menarik pelancong ke pusat meluncur salji di kawasan pergunungan seperti di Gstaad dan Zermatt. Kereta kabel dan landasan kereta api membawa pelancong ke pusat-pusat meluncur salji untuk bermain ski seperti di Gunung Titlis yang diliputi salji sepanjang tahun.

Tanah Tinggi Genting juga mempunyai kemudahan kereta kabel bagi pelancongan. Semua pusat peranginan di Switzerland mempunyai sistem pengangkutan darat dan udara yang baik. Kawasan ini dapat dihubungi melalui jalan raya dan lebuh raya. Terowong untuk laluan kereta dibina melalui kawasan pergunungan.
Tunnel di bawah pergunungan Alps

No comments:

Post a Comment