Sebagai seorang pelajar, pernahkah anda menghadap buku dalam tempoh beberapa jam tetapi tidak memahami apa yang dibaca? Ini bermaksud kita telah membazir masa yang umpama emas. Dengan ini cubalah membaca secara aktif bagaimana kita mampu meningkatkan pemahaman dalam setiap bacaan kita...antaranya adalah;
- Kenali diri anda- maksudnya mungkin selama ini anda membaca seperti mencurah ke daun keladi; tidak bertambah, tidak mengurang disebabkan tabiat kaedah bacaan anda. namun, belum terlambat untuk membuat perubahan.
- Kenali Bahan Bacaan Anda - Berkenalan dengan buku terlebih dahulu. Tak kenal Maka Tak Cinta. Jadi, tekniknya adalah teliti 'Indeks' atau 'Objektif' iaitu apakah perkara yang diterangkan dalam topik tersebut.
- Berhati-hati dengan 'bacaan tambahan'-terdapat pelajar melebih-lebihkan buku tambahan/rujukan berbanding Buku Teks.Kita kena ingat, bolehkan anda hidup dengan memakan pil-pil vitamin dan meninggalkan makanan ruji (nasi: makanan seimbang)?. mungkin boleh namun belum tentu kesihatan terjamin...jadi fikir-fikirkan...
- Buat perancangan dan sasaran sebelum membaca - pastikan anda mempunyai 'misi' sebelum membaca muka surat yang ditentukan sebab dgn membuat misi/sasaran mata dan otak akan menjadi lebih peka.
- Catat Persoalan yang timbul - sepanjang membaca, otak akan sentiasa berfikir dan berputar. Pembacaan aktif akan menimbulkan persoalan yang dibaca. jadi, bebaskan persoalan tersebut dengan menulisnya atas muka surat tersebut.
- Jadikan buku itu 'milik' anda - gariskan isi-isi penting. Tidak perlu biarkan buku anda 'putih bersih'. jika anda benar-benar sayangkan buku tersebut, gunalah seoptimum yang mungkin. (tapi jangan buat dengan buku pinjaman perpustakaan/buku orang lain/buku hak milik kerajaan)
- Buat rumusan dan kesimpulan - sebelum melakukan perkara lain cuba berfikir sejenak dan buat kesimpulan dan soal semula soalan-soalan yang ditanya semasa perancangan awal tadi. Adakah anda mendapat jawapannya? Kalau YA...anda telah berjaya, kalau belum USAHA lagi...
' Hargailah Buku Anda Sebab Ianya Akan 'Membalas' Penghargaan Anda Dengan Sebuah KEJAYAAN'.
No comments:
Post a Comment