Gambar 1: Ring of Fire
Cincin
Api Pasifik atau Lingkaran Api Pasifik (bahasa Inggris: Ring of Fire) adalah kawasan
yang sering mengalami gempa bumi dan
letusan gunung berapi yang
mengelilingi Lautan Pasifik. Kawasan ini berbentuk seperti tapal kuda dan
mencakup wilayah sepanjang 40.000 km.
Sekitar
90% dari gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di
sepanjang Cincin Api ini. Kawasan gempa berikutnya (5–6% dari seluruh gempa dan
17% dari gempa terbesar) adalah sabuk
Alpide yang membentang dari Jawa ke Sumatra, Himalaya, Mediterania
hingga ke Atlantika.
Gambar 2: Gambaran tsunami di Acheh Indonesia pada 26 Disember 2004
Sumber: Hijau Lestari
KUALA LUMPUR – Kekerapan
kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai
mengakibatkan kedudukan titik gempa di
Sumatera, Indonesia beralih
dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor
Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu
kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat
tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan
gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding
sebelum ini.
(Sumber: KOSMO)
No comments:
Post a Comment