Ciri Iklim & Cara Hidup Manusia di Greenland
Pengenalan Greenland
- Pulau terbesar di dunia.
- Merupakan sebahagian daripada negara Denmark
- Keluasannya kira-kira 2.1 juta km2
Ciri Ilkim
Mengalami ilkim Artik atau ilkim tundra
Mempunyai dua musim yang nyata: musim panas
& musim sejuk
Musim sejuk: panjang & amat sejuk, suhu
-4 C hingga -22 C
Ribut salji membawa angian sejuk dari Kutub
Utara
Permukaan bumi & sungai beku
Musim panas: singkat & sederhana sejuk,
suhu 1 C hingga 5 C
Sungai & tasik yang beku menjadi cair
Matahari tidak tenggelam langsung pada musim
panas antara bulan Jun hingga Ogos
Dikenal sebagai "Tanah Bermatahari Pada
Tengah Malam"
Pada pertengahan musim sejuk, matahari tidak
terbit langsung selama beberapa bulan
Jumlah kerpasan sangat rendah, iaitu kurang
daripada 250 mm
Ribut salji & angin kencang sering
berlaku pada musim sejuk
Cara Hidup di Greenland
Orang Eskimo |
Penduduk utama Greenland - orang
Eskimo yang hidup berpindah randah mengikut perubahan musim.
Musim sejuk mereka tinggal di dalam igloo ( rumah salji )
Pada musim panas mereka berpindah ke kawasan pedalaman dan tinggal di
dalam tupik ( khemah kulit binatang )
Igloo |
Tupik |
Aktiviti pertanian terhad sbb permukaan tanah diliputi salji tebal.
Pertanian menanam kentang,sayur-sayuran,bunga-bungaan hanya dijalankan
dibahagian selatan Greenland yang mengalami musim panas yang panjang ( min suhu
kira-kira 100C.
Penternakan biri-biri juga penting di selatan Greenland.
Di daerah Nuuk (di selatan Greenland),penternakan rusa dijalankan untuk
mendapatkan daging,kulit dan susunya.
Nuuk is the capital n largest city of Greenland |
Orang Eskimo guna kenderaan andur salji pd musim sejuk (ditarik oleh
anjing huski)
Orang Eskimo memburu pada musim sejuk - anjing laut, singa laut, karibu,
musang dan serigala untuk mendapatkan daging (dimakan).
Guna harpoon dan senapang sebagai senjata untuk memburu.
Musim panas mereka menangkap ikan (ikan kod,salmon dan paus)
Guna kayak ( perahu kecil ) dan umiak ( perahu besar ) untuk menangkap
ikan pinggir laut.
Pada masa sekarang keadaan orang Eskimo semakin maju. Mereka menggunakan
peralatan elektrik dan menggunakan kereta salji berenjin atau skuter untuk
bergerak
Mereka juga menternak karibu untuk susu dan daging.
Ciri Iklim & Cara Hidup Manusia di Kawasan Siberia
Siberia |
Pengenalan Kawasan Siberia
- Terletak di negara Rusia & utara Kazakstan
- Terbentang dari Pergununagan Ural du arat hingga ke Lautan Pasifik fi timur.
- Keluasannya kira-kira 13488500 km2.
Ciri-ciri Iklim
Mengalami iklim jenid Siberia atau iklim
sejuk sederhana kebenuaan.
Musim panas: sederhana panas & singkat,
suhu 15 C hingga 20 C
Musim sejuk: panjang & amat seujk, suhu
di bawah takat beku, -5 C hingga -17 C, selama enam bulan
Musim bunga & musim luruh: amat singkat
Jumlah kerpasan tahunan adalah antara 380 mm
hingga 635 mm
Kebanyakan hujan turun pada musim panas dalam
bentuk hujan perolakan
Cara Hidup di kawasan Siberia
Aktiviti pertanian terhad sbb musim sejuk panjang & amat sejuk
Pertanian campur dijalankan di barat
& barat daya Siberia sbb iklim lebih panas
Pembalakan di hutan pokok tirus pd musim sejuk sebab mudah ditebang dan mudah diangkut.
Hutan Taiga Pada Musim Sejuk |
Hutan Taiga Pada Musim Panas |
Kegiatan menjerat binatang - pd
musim sejuk (dapatkan bulu tebal)
Aktiviti perlombongan gas asli, petroleum,
batu pertama, emas , arang batu, & kuprum penting
Ciri
Iklim & Cara Hidup di Gurun Thar
Kedudukan Gurun Thar |
Gurun Thar |
Pengenalan Gurun Thar
- Terletak di sempadan dua buah negara, iaitu India dengan Pakistan.
- Dikenal sebagai "The Great India Desert".
- Keluasannya kira-kira 455000 km2
Ciri-ciri
iklim
- Mengalami ilkim gurun panas yang panas & kering sepanjang tahun.
- Hujan tahunan rendah, kurang daripada 250 mm
- Min suhu bulanan pada musim panas (bulan Mei & Jun ) sangat tinggi, iaitu kira-kira 42 C.
- Min suhu bulanan pada musim sejuk ialah antara 8 C hingga 28 C.
- Ribut pasir sering berlaku pada bulan Mei & Jun semasa suhu sangat tinggi.
Cara
Hidup di Gurun Thar
- Kurang penduduk kerana keadaan iklim yang sangat panas & kering
- Kegiatan utama - menternak binatang secara nomad/berpindah randah mengikut musim. Petempayan biasanya di kawasan yang berdekatan dengan oasis.
Sebuah Oasis Yang Terdapat di Gurun (China) |
Rumah berdekatan Oasis |
- Lembu & unta diternak untuk mendapatkan susu, mengangkut barang & manusia, serta membajak tanih
- Kegiatan pertanian sukar dijalankan kerana keadaan ilkim yang kering,
- Gandum & kapas ditanam oleh penduduk yang tinggal di kawasan petempatan tetap dengan bantuan pengairan
- Terusan Rajasthan digunakan untuk mengairi kawasan pertanian
Cara Hidup Di Malaysia
- Di Malaysia, penduduk tinggal tetap dan tidak berpindah randah sebab Malaysia bersuhu panas dan lembap sepanjang tahun.
- Antara kegiatan yang dijalankan ialah:
- Pertanian - jumlah hujan 2600mm setahun menggalakkan pertanian seperti padi di Dataran Kedah-Perlis.
- Pembalakan - Malaysia terletak berdekatan dengan garisan khatulistiwa menyebabkan mendapat pancaran cahaya matahari dan menggalakkan pertumbuhan Hutan Hujan Tropika yang berkualiti tinggi seperti pokok Jati, Cengal dan Meranti.
- Perikanan- pada musim Angin Monsun Timur Laut penduduk Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan) sebab laut bergelora. Dengan ini, mereka membaiki akan membaiki pukat.
-GOOD LUCK-