Monday, March 5, 2012

HUTAN TERTUA DI DUNIA

                                                Peta 1: Kawasan Hutan Hujan Tropika

Bersyukur dengan anugerah kekayaan Yang Maha Esa terhadap sumber di bumi bertuah Malaysia.
Hutan Hujan Khatulistiwa (Tropika) di Malaysia adalah dianggap yang tertua di dunia. Usianya telah mencapai lebih kurang 130 juta tahun. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.2 peratus daripada jumlah keluasan keseluruhannya iaitu lebih daripada 20.36 juta hektar.

Di Semenanjung Malaysia sahaja hutan meliputi 4.8 peratus iaitu Pahang (37.6 peratus), Kelantan (15 peratus), Perak (14.4 peratus) dan Terengganu (37.6 peratus). Manakala, keluasan hutan di Sabah meliputi 62.5 peratus dan Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus.

 Gambar 1: Hutan Khatulistiwa
Gambar 2: Kekayaan Hutan di Lembah Danum Sabah
Antara kawasan yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna adalah Hutan Belum serta Lembah Danum di Sabah.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita haruslah berbangga dan melindungi hutan hujan kita dari kemusnahan akibat sikap tamak haloba sesetengah manusia kerana seandainya kemusnahan berlaku, pokok-pokok tersebut akan mengambil sekurang-kurangnya 40 tahun untuk kembali matang.

Cuba kita bayangkan seandainya, hutan yang tumbuh jutaan tahun hilang dan digantikan dengan bangunan pencakar langit.  Kita harus ingat, sumber hutan adalah kawasan tadahan air yang utama bagi menghasilkan air....fikir dan renung-renungkan...:)

No comments:

Post a Comment