Friday, December 2, 2011

Najis lembu di India


Berdasarkan kepada dokumentari yang saya pernah tonton suatu ketika dahulu..Lembu adalah binatang suci bagi penganut Hindu. Dengan ini tahi lembu juga boleh dijadikan pelbagai produk untuk kegunaan harian bagi penduduk di India. Antara produk yang dihasilkan menggunakan tahi lembu adalah sabun mandi, shamfoo sehinggalah sebagai ke ubat gigi. Ia juga digunakan sebagai pengganti kayu api.
(inilah bentuk najis lembu untuk dijadikan kayu api)
Ada juga saya terbaca dalam blog suffer.frenzyfm yang air kencing lembu dijadikan sebagai air minum. Mereka percaya bahawa ia mampu mengubati pelbagai penyakit.
Dan sewaktu masuk ke rumah baru, mereka akan membawa lembu masuk ke dalam rumah dan membiarkannya membuang najis di dalam rumah tersebut untuk mendapat berkat.
Bagi kita ini mungkin adalah sesuatu yang menjijikkan namun bagi mereka yang percaya ia adalah suatu tingkah laku yang sangat agung serta dianggap perbuatan suci. Dengan itu, kita hendaklah menghormati keunikan amalan mereka ini kerana kemungkinan besar ada juga antara budaya kita yang tidak berkenan di kalangan ‘orang luar’. Jadi seandainya kita ingin dihormati, hormati orang lain seandainya kita ingin dihormati…

No comments:

Post a Comment