Sunday, February 26, 2012

Laut MATI?

 
LAUT MATI? Kenapa mesti dinamakan LAUT MATI?
Sebenarnya…Laut Mati ini bukanlah laut sebenar tetapi ia dinamakan sedemikian disebabkan keluasannya yang mencapai panjang 47 mil dan lebar 10 mil, dengan total luas permukaan sekitar 360 mil, sedangkan kedalaman laut mencapai 422 meter. 

Selain itu, LAUT MATI  mempunyai tahap kemasinan yang sangat tinggi iaitu sekitar 8 atau 6 kali ganda daripada kandungan garam di laut biasa memungkinkan ikan tidak mampu hidup di sini.

Dengan itu, ia digelar sebagai Laut Mati sedangkan ia hanyalah sebuah Tasik @ Danau.

LAUT MATI ini adalah tanda peringatan dari TUHAN agar jangan melakukan hubungan homoseksual.  Nabi Luth pada masa itu diperintahkan agar mengingatkan kaumnya agar menjauhi perkara tersebut namun mereka telah ingkar dan akhirnya Tuhan memerintahkan Nabi Luth untuk menyingkirkan kota Sodom dan Gomorah. Maka gempa vulkanis yang diikuti letusan lava, dan kota-kota tersebut diruntuhkan lalu masuk ke dalam Laut Mati.

Mengapa air Laut Mati sangat Masin?
sebenarnya air yang mengalir masuk ke Laut Mati hanyalah dari Sungai Yordan dan beberapa pergunungan di sekitarnya. Disebabkan kedudukan Laut Mati di kawasan yang rendah maka air yang diterima tidak dapat dialirkan kemana-mana. Satu-satunya jalan keluar air tersebut adalah melalui proses penguapan ke udara saja. Itulah sebabnya air Laut Mati menjadi sangat masin kerana air yang mengalami proses penguapan akan meninggalkan zat-zat mineralnya.


Friday, February 24, 2012

Banjaran Crocker di Sabah..

 
Benarkan Banjaran Crocker di Sabah terletak dalam Sistem Gunung Lipat Tua? Ramai pelajar menganggap BC ini adalah system Gunung lipat Tua sebab gempa bumi dan letusan gunung berapa tidak berlaku. Namun demikian sebenarnya….BC ini salah satu banjaran yang tergolong dalam Sistem Gunung Lipat Muda. Namun bencana alam seperti disebutkan tidak berlaku kerana ianya terletak DI LUAR LINGKARAN API PASIFIK..
 
Andai kata..Gunung Kinabalu meletus apakah yang berlaku dengan BMB amnya??dashyat…berdasarkan pembacaan.. masa kini gunung itu tidak meletup disebabkan ianya mengalirkan air panas ke kawasan sekitarnya seperti ke Air Panas Poring (Ranau)
 
Namun..pada masa kini, air panas itu dari tahun ke tahun semakin sejuk..jadi adakah itu tandanya air panas itu semakin ‘terkurung’ di bawah sana??

 selain itu, gambar di atas pla adalah mud volcano yang terdapat di Pulau Tiga ...klo ada peluang datanglah kesini sebab dengar kata ianya boleh menyembuhkan penyakit kulit.jadi jangan risau...lintah memang x dpt hidup dalam ni. pacat masa on de way ke sini memang x dinafikan tp bukanlah yang besar sangat..mud volcano di pulau 3 ini juga membuktikan bahawa terdapat kaitan dengan keadaan sistem gunung di Sabah...mungkin ini adalah lava dalam bentuk lumpur. n satu fakta menarik adalah...kita tidak akan tenggelam di sini sedangkan kedalamannya boleh mencapai 7kaki...:)

O..Gunung Tertinggi di Dunia


Inilah pemandangan gunung tertinggi di dunia yang menjadi kebanggaan penduduk di sekitarnya ekoran secara tidak langsung..ianya telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada para penduduk.

Untuk lebih lanjut..inilah adalah senarai gunung tertinggi di dunia. nampak gayanya..Gunung Kinabalu umpama bukit kecil dibandingkan dengan gunung2 ini...dasyat! apa2pun...syukur dgn ciptaan Tuhan yg sungguh indah.
 
No.     Nama Gunung              
  Negara                       
Tingginya
1.    Everest                          
  Nepal & Cina            
  8.846 m
2.    Godwin Austen             
   Pakistan & Cina      
   8.611 m
3.    Kanchenjunga                
  Nepal & India          
  8.598 m
4.    Khula Kangri                 
  Butan                         
  7.554 m
5.    Formerly Kommu Nisma
 Tajikistan                      
  7.495m
6.    Noshaq                          
Afganistan                         
   7.490 m