Tuesday, August 28, 2012

7 Tip Membaca Secara Aktif



Sebagai seorang pelajar, pernahkah anda menghadap buku dalam tempoh beberapa jam tetapi tidak memahami apa yang dibaca? Ini bermaksud kita telah membazir masa yang umpama emas. Dengan ini cubalah membaca secara aktif bagaimana kita mampu meningkatkan pemahaman dalam setiap bacaan kita...antaranya adalah;

  1. Kenali diri anda- maksudnya mungkin selama ini anda membaca seperti mencurah ke daun keladi; tidak bertambah, tidak mengurang disebabkan tabiat kaedah bacaan anda. namun, belum terlambat untuk membuat perubahan.
  2. Kenali Bahan Bacaan Anda - Berkenalan dengan buku terlebih dahulu. Tak kenal Maka Tak Cinta. Jadi, tekniknya adalah teliti 'Indeks' atau 'Objektif' iaitu apakah perkara yang diterangkan dalam topik tersebut.
  3. Berhati-hati dengan 'bacaan tambahan'-terdapat pelajar melebih-lebihkan buku tambahan/rujukan berbanding Buku Teks.Kita kena ingat, bolehkan anda hidup dengan memakan pil-pil vitamin dan meninggalkan makanan ruji (nasi: makanan seimbang)?. mungkin boleh namun belum tentu kesihatan terjamin...jadi fikir-fikirkan...
  4. Buat perancangan dan sasaran sebelum membaca - pastikan anda mempunyai 'misi' sebelum membaca muka surat yang ditentukan sebab dgn membuat  misi/sasaran mata dan otak akan menjadi lebih peka.
  5. Catat Persoalan yang timbul - sepanjang membaca, otak akan sentiasa berfikir dan berputar. Pembacaan aktif akan menimbulkan persoalan yang dibaca. jadi, bebaskan persoalan tersebut dengan menulisnya atas muka surat tersebut.
  6. Jadikan buku itu 'milik' anda - gariskan isi-isi penting. Tidak perlu biarkan buku anda 'putih bersih'. jika anda benar-benar sayangkan buku tersebut, gunalah seoptimum yang mungkin. (tapi jangan buat dengan buku pinjaman perpustakaan/buku orang lain/buku hak milik kerajaan)
  7. Buat rumusan dan kesimpulan - sebelum melakukan perkara lain cuba berfikir sejenak dan buat kesimpulan dan soal semula soalan-soalan yang ditanya semasa perancangan awal tadi. Adakah anda mendapat jawapannya? Kalau YA...anda telah berjaya, kalau belum USAHA lagi...

' Hargailah Buku Anda Sebab Ianya Akan 'Membalas' Penghargaan Anda Dengan Sebuah KEJAYAAN'.

Tips Menolak Permusahan


  1. Maafkan, tanpa mengira siapa yang salah @ benar
  2. Jika tidak mampu memaafkan, cepat-cepat berlalu tanpa membalas
  3. Kenangan kebaikan yang pernah dihulurkannya kepada kita
  4. sedarlah bahawa kita ini adalah yang penuh kekurangan dan kesalahan. Maka, kita layak disakiti, disalahtafsir dan sebagainya, Tuhan tidak akan memberikan kita dugaan diluar kemampuan, jadi BERSABAR lah...

Monday, August 27, 2012

Pergunungan Alps, Switzealand



Switzerland merupakan sebuah negara yang bergunung-gunung dan terletak di benua Eropah. Banjaran Alps adalah gunung lipat muda yang tinggi. Alps adalah nama untuk satu daripada sistem banjaran gunung di Eropah, daripada Austria dan Slovenia di timur; melalui Itali, Switzerland, Liechtenstein dan Jerman; ke Perancis di barat.Negara ini mempunyai gunung-gunung dan tasik-tasik yang sangat indah.
Switzerland memajukan kawasan tanah tinggi sebagai kawasan pelancongan kerana mempunyai potensi yang baik. Kegiatan utama negara Switzerland ialah pelancongan yang mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan bagi pendudukan tempatan. Pemandangan gunung-ganang dengan kemuncak yang bersalji, tasik-tasik, ciri fizikal yang telah dihakis oleh glasier (ais) menjadi tarikan pelancong. Tanah tinggi di Malaysia dengan suhu yang nyaman juga dijadikan pusat-pusat peranginan yang menarik.
Pusat-pusat peranginan di Switzerland seperti juga di Malaysia dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara seperti pelancong dari Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis sepanjang tahun.
Switzerland menerima ramai pelancong dari Suhu musim panas yang sederhana panas 14̊C di Switzerland, menarik ramai pelancong terutamanya untuk mendaki gunung contohnya di Gunung Matterhorn. Pada musim ini, kawasan di luar bandar Interlaken yang terletak di antara Tasik Brienz dengan Tasik Thun di Pergunungan Alps menjadi tapak perkhemahan.


Mata air panas yang mempunyai nilai perubatan menarik pelancongan di pusat peranginan kesihatab di St. Moritz. Selain itu, pelancong dapat menikmati pemandangan gunung bersalji dan ladang anggur di Lembah Thine.
Di Malaysia, ramai pelancong melawat kawasan penanaman teh, bunga, dan sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameron. Air Terjun seperti Staubbach Falls di Switzerland dan Air Terjun Parit di Tanah Tinggi Cameron juga menarik ramai pelancong.
Suhu musim sejuk adalah di antara 0̊C hingga 5̊C menarik pelancong ke pusat meluncur salji di kawasan pergunungan seperti di Gstaad dan Zermatt. Kereta kabel dan landasan kereta api membawa pelancong ke pusat-pusat meluncur salji untuk bermain ski seperti di Gunung Titlis yang diliputi salji sepanjang tahun.

Tanah Tinggi Genting juga mempunyai kemudahan kereta kabel bagi pelancongan. Semua pusat peranginan di Switzerland mempunyai sistem pengangkutan darat dan udara yang baik. Kawasan ini dapat dihubungi melalui jalan raya dan lebuh raya. Terowong untuk laluan kereta dibina melalui kawasan pergunungan.
Tunnel di bawah pergunungan Alps

10 Ciri-ciri Orang Yang Tidak Tahu Menghargai Orang Lain



Bermain @ Bergaduh?
  1. Tidak pernah mengucapkan terima kasih.
  2. Tidak pernah berpuas hati dengan kerja orang lain.
  3. Tidak mempunyai rasa percaya terhadap orang lain.
  4. Lebih suka membangga banggakan dirinya sendiri.
  5. Merasakan dirinya paling hebat berbanding orang lain.
  6. Suka mencari kesalahan orang lain
  7. Suka mendapat pujian hasil kerja orang lain.
  8. Suka menghamburkan kemarahan kepada individu lain, sedangkan mereka tidak bersalah.
  9. Meletakkan kesalahan di bahu orang lain dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.
  10. Tidak boleh menerima pendapat orang lain dan beranggapan pendapatnya sahaja yang betul dan harus diterima pakai.

Kredit to: Editariol Remaja

Pulau Jawa, Indonesia

 Pulau Jwa

Pulau Jawa di Indonesia dengan keluasan 132,000 km persegi dan mempunyai 124 juta penduduk merupakan pulau paling padat penduduknya di Indonesia dengan jumlah penduduk seramai 979 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa adalah sebuah negara, ia menjadi negara kedua paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh).

Penanaman Berteres di Pulau Jawa

 
Seperti di Malaysia, pertanian adalah salah satu kegiatan ekonomi yang utama di Indonesia dan salah satu lokasinya adalah di Pulau Jawa disebabkan kekayaan tanih lava besnya yang mampu menyuburkan tanih hasil letusan gunung berapi di cerun bukit.

Antara lain, cerun bukit menjadi tumpuan pertanian adalah disebabkan oleh kekurangan tanah serta kepadatan penduduk yang sangat tinggi di kawasan tanah pamah. Ini menjadi satu paksaan kepada penduduk untuk menanam di cerun bukit. Untungnya adalah, cerun-cerun bukit di Pulau Jawa kaya dengan tanih jenis lava bes hasil letusan gunung berapi seterusnya menyuburkan kawasan tersebut untuk pertanian.

Ekoran daripada itu, cerun-cerun dipotong untuk membentuk rangkaian teres untuk penanaman padi sawah. Kaedah ini mampu mengalakkan hakisan tanah sebab di tepi teres akan terdapat dinding luar untuk menahan air bagi memperlahankan aliran air hujan di lereng bukit tersebut. Antara kaedah ini kita boleh lihat di Surabaya

Cameron Highland
Di Malaysia, kebanyakkan pertanian dijalankan di tanah pamah kerana negara kita tidak mengalami kekurangan pertanian di tanah rendah.

Namun demikian, terdapat pertanian yang dijalankan di cerun bukit yang ditereskan juga seperti di Tanah Tinggi Cameron yang ditanami teh dan sayur-sayuran. Dalam konteks ini, persamaan antara Indonesia dan Malaysia adalah kaedah penanaman berteres di cerun bukit bagi mengelakkan hakisan tanah. Namun demikian, tanah di cerun bukit Malaysia bukanlah terdiri daripada tanih lava bes yang subur.

Pokok kelapa sawit dan getah ditanam di teres-teres bukit. Pokok-pokok ini juga dapat menghalang hakisan air di cerun bukit.