Thursday, December 1, 2011

Hantu Zashiki-warashi

Lakaran Imej Zashiki-warashi
Bukan semua orng di dunia ini mengharapkan kedatangan Hantu namun di iwate, Jepun adalah sebaliknya kerana mereka mengharapkan agar didatangi oleh seorang hantu kanak-kanak bernama Zashiki-warashi kerana ianya boleh mendatangkan rezeki yang baik kepada mereka...dengan ini di terdapat hotel di Iwate, Jepun yang menasihatkan para pelancong agar membuat tempahan awal sekurang-kurangnya setahun (12 bulan) sebelum datang ke hotel tersebut supaya hantu kanak-kanak itu bersedia.

Kehadiran kanak-kanak tersebut boleh diketahui melalui kehadiran objek berwarna putih dalam setiap gambar yang diambil dalam hotel tersebut. mengiku kepercayaan mereka..Zashiki-warashi ini bukannya tuhan dan bukan roh tetapi dianggap sebagai sesuatu yang memang wujud...(saya pun x faham..:).
(Mainan di belakang tu adalah pemberian/hadiah orang2 yg mendapat rezeki hasil kehadirannya...)
di luar rumah pula..penduduk akan meletakkan makanan diluar rumah sebagai makanan hantu kanak-kanak tersebut gembira. selain itu mereka juga akan meletakkan benda2 yg boleh menghasilkan bunyi/suara untuk memanggil hantu si kanak-kanak tersebut antara muzik yang dimainkan adalah berunsur 'spirit music'. ab juga akan diletakkan supaya penduduk tahu kedatangan kanak-kanak tersebut melalui kesan tapak kaki yang ditinggalkan...

cuba kalo kita yang didatangi hantu kanak-kanak tersebut..kita lari@pengsan ditempat kejadian...:):

Monday, November 28, 2011

Emas Lebih berat daripada batu??

Tahukah anda bahawa emas adalah 8x lebih berat daripada batu/pasir...itulah sebabnya kebanyakkan pelombong menggunakan kaedah mendulang sebab ianya mudah. Namun kaedah ini memerlukan kekuatan tangan yang kuat...


Emas



Kaedah Mendulang Emas

he...klo u all nak kaya datang la ke Jeli yang kaya dengan khazanah bumi, termasuk sumber emas di beberapa kawasan, khususnya di beberapa perkampungan Melayu di hujung Barat Kelantan, bersempadanan Thailand dan Grik, Perak. Dengar-dengar Kampung Kalai di Batu Melintang, kira-kira 30 kilometer dari pekan Jeli, yang mempunyai lebih 1,000 penduduk yang kebanyakannya menoreh getah dan berkebun sebagai sumber rezeki utama ni menjadikan mendulang emas sebagai pekerjaan sampingan. Ini berkat rezeki dari Sg. Pergau. nah...klo time cuti-cuti Malaysia ble juga dapat duit sampingan bayar tol...

info dipetik dari wordpress.tq

Saturday, November 26, 2011

Cita-Cita Anak

Tahukah anda...10 jenis cita2 yang paling popular di kalangan anak2 kita sewaktu kecil adalah
1. Doktor

2.Pilot


3. Angkasawan


4. Pengacara


5. Perdana Menteri/Presiden

6. Artis
7. Atlet

8. Guru
9. Polis
10.Menjadi seperti pekerjaan Ibubapa
Kebiasaannya, anak-anak kecil kita ini akan berusaha berdasarkan cita-cita yang diimpikan. jadi sama-sama la kita membantu mereka untuk menjayakannya. walaupun, anak-anak itu mungkin akan berubah namun tanpa kita sedari pekerjaan impiannya tetap tidak akan berubah...jadi, jangan pandang enteng seandainya anak-anak kita tidak mempunyai cita-cita sebab ia adalah penunjuk matlamat hidup seseorang dan itulah yang akan diusahakannya untuk hidup...:)

Pulau Bulan Sabit??

Sungguh indah ciptaan Tuhan dan ciptaannya tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia..inilah dia Molokini yang merupakan sebuah kawah gunung berapi yang ditutupi air laut dan berbentuk sabit, hanya berjarak 2,5 kilometer di lepas pantai Maui, Hawaii. Molokini adalah sebuah pulau yang tidak berpenghuni dan keluasannya hanyalah 23 hektar.



Sebenarnya bentuk sabit itu adalah untuk memberikan perlindungan dari hantaman gelombang dan arus laut. Maksudnya, daerah ini sangat terkenal sebagai sebagai satu dari sepuluh lokasi menyelam terbaik di dunia termasuklah Pulau Sipadan di Sabah (Malaysia) serta The Blue Hole di Belize. Tebing yang terlihat di belakang Molokini turun sedalam 91,44 meter. Manakala bahagian dalam teluk yang berbentuk sabit merupakan daerah karang dengan pemandangan bawah laut yang jelas sedalam 45,72 meter. Perairan ini adalah habitat bagi sekitar 250 spesies ikan...


The Blue Hole di Belize, T.Amerika Tengah

info from wiki n BAI..thanks

Laut Terbesar di Dunia



Lautan Pasifik adalah laut yang terluas di dunia dengan 165,385, 450 kilometer persegi...laut yang digelar juga sebagai Lautan Teduh ini terletak di sebelah timur Indonesia(ntah kenapa dapat nama jolokan sebegitu kan...) ianya dikelilingi oleh benua Asia dan Amerika...dan Pulau Hawaii yang mempunyai keindahan dan keistimewaan pantai dan pasirnya yang tiada tolak bandingnya terletak di lautan ini....




Hawaii o Hawaii....

Thursday, November 24, 2011

Gua Batu Kapur Terbesar di Dunia


Negeri Sarawak yang diberi nama timangan sebagai Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia.

Salah satu kebanggan rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara amnya adalah keistimewaannya yang tersendiri disebabkan menjadi tumpuan pelancong asing bagi menghayati keindahan alam serta sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia dengan penemuan fosil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu.

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga salah satu di antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Letakkannya adalah kira-kira 90 kilometer atau 1 jam 30 minit dari Bandar Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.

Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Keluasannya adalah 12 hektar dan kawasan di dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.


Fakta-Bangunan Tertinggi di Dunia..

Kebanggaan Malaysia iaitu bangunan KLCC berada di tahap ke-5 bagi rangking dunia setakat ini. Menara Kembar Petronas ini adalah gedung tertinggi di dunia selama enam tahun, sejak 1998 sampai Taipei 101 selesai pada tahun 2004, tapi KLCC tetap merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia. Bangunan ini memiliki ketinggian 452 meter dengan 88 lantai...
Burj Khalifa (Dubai).
Inilah bangunan tertinggi saat ini yang pernah dibina oleh manusia dan dirasmikan pada 4 januari 2010. Burj Khalifa iaitu Bahasa Arab untuk ‘Menara Khalifa’, yang sebelumnya diberi nama Burj Dubai, sebuah pencakar langit di Dubai, Uni Emirat Arab yang memiliki tinggi 828 m. Bangunan ini juga memiliki lift tercepat dengan kecepatan 60 km / jam. Bangunan ini memiliki rekor lantai terbanyak: 163 lantai (sebelumnya dipegang oleh Willis Tower dan World Trade Center – 110 Lantai)
- dipetik dari Wiki

Persoalannya adalah...adakah sesebuah negara yang memiliki bangunan tertinggi di dunia ini menggambarkan bahawa negara itu sudah benar2 maju atau hanya sebagai sebuah mercu tanda kebanggaanrakyatnya?fikir2kn dan renung2kan....