he...klo u all nak kaya datang la ke Jeli yang kaya dengan khazanah bumi, termasuk sumber emas di beberapa kawasan, khususnya di beberapa perkampungan Melayu di hujung Barat Kelantan, bersempadanan Thailand dan Grik, Perak. Dengar-dengar Kampung Kalai di Batu Melintang, kira-kira 30 kilometer dari pekan Jeli, yang mempunyai lebih 1,000 penduduk yang kebanyakannya menoreh getah dan berkebun sebagai sumber rezeki utama ni menjadikan mendulang emas sebagai pekerjaan sampingan. Ini berkat rezeki dari Sg. Pergau. nah...klo time cuti-cuti Malaysia ble juga dapat duit sampingan bayar tol...
Monday, November 28, 2011
Emas Lebih berat daripada batu??

Saturday, November 26, 2011
Cita-Cita Anak
Pulau Bulan Sabit??
Sebenarnya bentuk sabit itu adalah untuk memberikan perlindungan dari hantaman gelombang dan arus laut. Maksudnya, daerah ini sangat terkenal sebagai sebagai satu dari sepuluh lokasi menyelam terbaik di dunia termasuklah Pulau Sipadan di Sabah (Malaysia) serta The Blue Hole di Belize. Tebing yang terlihat di belakang Molokini turun sedalam 91,44 meter. Manakala bahagian dalam teluk yang berbentuk sabit merupakan daerah karang dengan pemandangan bawah laut yang jelas sedalam 45,72 meter. Perairan ini adalah habitat bagi sekitar 250 spesies ikan...
Laut Terbesar di Dunia
Lautan Pasifik adalah laut yang terluas di dunia dengan 165,385, 450 kilometer persegi...laut yang digelar juga sebagai Lautan Teduh ini terletak di sebelah timur Indonesia(ntah kenapa dapat nama jolokan sebegitu kan...) ianya dikelilingi oleh benua Asia dan Amerika...dan Pulau Hawaii yang mempunyai keindahan dan keistimewaan pantai dan pasirnya yang tiada tolak bandingnya terletak di lautan ini....
Thursday, November 24, 2011
Gua Batu Kapur Terbesar di Dunia
Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia.
Salah satu kebanggan rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara amnya adalah keistimewaannya yang tersendiri disebabkan menjadi tumpuan pelancong asing bagi menghayati keindahan alam serta sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia dengan penemuan fosil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu.
Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga salah satu di antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Letakkannya adalah kira-kira 90 kilometer atau 1 jam 30 minit dari Bandar Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Keluasannya adalah 12 hektar dan kawasan di dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.
Fakta-Bangunan Tertinggi di Dunia..
- dipetik dari Wiki
Persoalannya adalah...adakah sesebuah negara yang memiliki bangunan tertinggi di dunia ini menggambarkan bahawa negara itu sudah benar2 maju atau hanya sebagai sebuah mercu tanda kebanggaanrakyatnya?fikir2kn dan renung2kan....